Monday, November 12, 2007

Ancaman Kemarau

Salah satu daripada ancaman terbesar bagi manusia ialah apabila kemarau berlaku di kawasan pertanian yang biasanya kurang menerima air hujan. Ini menyebabkan kawasan tersebut menjadi kering. Apabila ini berlaku, hasil yang didapati akan berkurangan, menyebabkan harga makanan melambung tinggi dan juga kekurangan makanan serta berlakunya kemarau. Pada masa yang sama, air untuk minum juga akan berkurangan. Ini boleh menjejas kesihatan orang ramai.

Di negara yang sedang membangun, masalah kemarau boleh mengakibatkan berlakunya penyakit-penyakit serta kemelut politik. Apabila jumlah penduduk meningkat, penggunaan air dan keperluan makanan akan meningkat lalu menyebabkan berlakunya kemarau. Tambahan pula, apabila kawasan pertanian menjadi kering semasa kemarau, risiko kebakaran akan meningkat, lalu mengancam tempat-tempat tinggal, tanam-tanaman dan juga nyawa manusia serta kehidupan-kehidupan lain.

Video berikut memaparkan kesan-kesan kemarau di negara-negara di Asia Tenggara.

No comments: